Pilihan Saiz Cuci Gambar Kedai Pok Nik menyediakan khidmat cuci gambar dari telefon yang mana anda hanya perlu hantar melalui whatsapp sah...

Cuci Gambar 2R dan 3R

Pilihan Saiz Cuci Gambar

Kedai Pok Nik menyediakan khidmat cuci gambar dari telefon yang mana anda hanya perlu hantar melalui whatsapp sahaja.

Terdapat 2 saiz sahaja yang kami tawarkan untuk cuci gambar iaitu saiz 2R dan juga 3R. Berikut adalah perbezaan saiz antara gambar 2R & 3R:

Ukuran Saiz Gambar 2R dan 3R
Saiz gambar 2R ukurannya adalah lebih besar dan lebar sedikit berbanding saiz kad pengenalan anda. Berikut kami lampirkan gambar perbandingan antara saiz 2R dan IC.

Perbezaan Saiz 2R dan Kad Pengenalan

Cuma RM4.90!


Harga yang Kedai Pok Nik tawarkan untuk cuci gambar saiz 2R dan 3R adalah seperti berikut:

  • 2R: 15 keping = RM4.90
  • 3R: 7 keping = RM4.90

Ini bermaksud, tempahan minimum untuk saiz 2R adalah 15 keping, manakala 3R adalah 7 keping.

Jika anda ada banyak gambar, bolehlah dihantar dalam gandaan minimum masing-masing iaitu gandaan 15 bagi gambar 2R, dan gandaan 7 bagi gambar 3R.

Contoh bagi tempahan 2R: 15 > 30 > 45 > 60 dan seterusnya.
Contoh bagi tempahan 3R: 7 > 14 > 21 > 28 dan seterusnya.

Lihat juga: Kaedah pengiraan harga gambar 2R & 3R
----------------------------
Contoh dengan budget hanya RM49, berapa banyak gambar anda boleh cuci?
.
RM49 dapat 150 keping gambar 2R
RM49 dapat 70 keping gambar 3R
.
Sangat jimat untuk kos yang kurang dari RM50!
----------------------------

Lihat juga: Cuci Gambar Polaroid


Cara Buat Tempahan Melalui Whatsapp


Tempahan cuci gambar 2R dan 3R hanya perlu dibuat melalui whatsapp sahaja kerana ianya lebih mudah & cepat.

Untuk menempah, sila klik butang dibawah dan sertakan bersama butiran Nama Ringkas, Lokasi Anda, Saiz & Kuantiti Gambar untuk kami keluarkan quotation harga untuk rujukan anda.


*Nota: Bayaran penuh hendaklah dilakukan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja mencuci gambar dijalankan; dan maklumat cara pembayaran akan diberitahu melalui whatsapp.

**Nota: Tarikh siap akan dimaklumkan sebelum proses cuci gambar dimulakan.


***Nota: Caj penghantaran SM = RM8, SS= RM12


Ciri - Ciri Material


Bagi cetakan cuci gambar saiz 2R dan 3R, kami menggunakan material jenis Artpaper yang lebih nipis sedikit berbanding material asal kertas gambar 4R yang digunakan di kedai gambar biasa.

Selain itu, material yang kami gunakan juga tidak ditambah dengan lapisan kilat khas; dan sekadar menggunakan lapisan glossy asal dari material Artpaper itu sendiri.

Hasilnya? Kami jamin kualiti cetakan dari Konica Minolta memastikan warna yang terang dan menarik terhasil dalam setiap cucian gambar.

Penafian: Keadaan gambar samada sharp / blur / kusam / gelap / cerah adalah bergantung pada kualiti gambar asal yang dihantar kepada kami, dan ianya diluar kawalan kami.




0 comments: