Hanya Saiz 2R Yang Diperlukan Anda ada banyak gambar produk yang selalu digunakan untuk tunjuk pada pelanggan bila hadir temujanji bisnes ...

Cuci Gambar Untuk Bisnes

Hanya Saiz 2R Yang Diperlukan

Anda ada banyak gambar produk yang selalu digunakan untuk tunjuk pada pelanggan bila hadir temujanji bisnes atau bila berjumpa dengan mereka?

Menyimpan gambar dalam telefon memang mudah, tapi bayangkan bila kuantitinya dah terlalu banyak dan nak scroll satu-satu untuk tunjuk pada pelanggan.

Macam mana pula bila nak banding-bandingkan antara 2 produk dalam phone? Leceh jugakan?

Jom tonton video dari Yumie Chanteq tentang pendapatnya berkaitan cuci gambar 2R di Kedai Pok Nik untuk kegunaan bisnes Henannya.


Apa Kata Yumi?


Mengikut pendapat Yumi, saiz 2R ni lagi mudah dan senang nak bawa untuk tunjuk pada pelanggan. Kualiti gambar yang dicuci pun cantik dan jelas. Senang pelanggan nak tengok.

Dengan gambar 2R ni, Yumi juga boleh tinggalkan sementara pada pelanggan untuk mereka buat pilihan Henan, dan kalau hilang pun ianya bukan isu besar sebab kos untuk cuci gambar 2R sangat murah.

Berikut ialah antara gambar-gambar koleksi Henan yang di cuci oleh Yumi:


Pendapat Yumi ni turut di sokong oleh seorang lagi orang bisnes dalam bidang yang sama iaitu Yana Dinie's melalui posting beliau di Facebook, selepas cuci gambar 2R di Kedai Pok Nik.

.
.
Gambar 2R ni adalah perfect gallery untuk orang bisnes menunjukkan hasil kerjanya sebelum ni untuk dipilih oleh para pelanggan.

Jadi lepas ni tak payah nak scroll phone lagi untuk tunjuk contoh pada pelanggan. Pastinya lebih berkesan dan memudahkan pelanggan buat pilihan.


Minimum Cuci Gambar 2R


15 keping, itulah minimum tempahan cuci gambar 2R yang boleh dibuat di Kedai Pok Nik.

Cuci gambar saiz 2R hanyalah berharga RM4.70 bagi 15 keping gambar dari telefon. Jika ada banyak gambar, bolehlah dihantar kepada Kedai Pok Nik dalam gandaan 15.

Contohnya: 15>30>45>60 dan seterusnya.

Langkah untuk Cuci Gambar 2R


Gambar-gambar hanya perlu dihantar melalui whatsapp, kerana ianya lebih mudah untuk anda memilih & menghantar gambar.

Bila dah cukup 15 keping gambar atau mengikut jumlah yang anda inginkan, barulah Kedai Pok Nik akan mulakan cetakan gambar.

Tempoh siap bergantung pada kuantiti, dan kebiasaannya 150 keping ke atas akan ambil masa 1 hari bekerja atau lebih.

Anda akan dihubungi melalui whatsapp apabila Kedai Pok Nik dah siap cuci gambar-gambar anda, dan bolehlah di ambil di premis Kedai Pok Nik sekali dengan buat pembayaran untuk cuci gambar tersebut.

Whatsapp Gambar Pada Kedai Pok Nik


Kumpulkan kesemua gambar sampel penting untuk digunakan untuk close sale pelanggan anda, dan hantar ke Kedai Pok Nik untuk cucian gambar 2R.

Klik link butang berikut untuk wassap kedai pok nik:


Atau

PM Kedai Pok Nik di Fb:
Klik link https://m.me/kedaipoknik
 

#kedaipoknik
#cucigambar2R
#kotabharu

0 comments: