Gambar Hanya Dalam Phone Adalah Berisiko! Sayangkan kalau gambar kenangan bercuti yang tersimpan dalam gallery phone tiba² hilang sebab p...

Cuci Gambar Family

Gambar Hanya Dalam Phone Adalah Berisiko!

Sayangkan kalau gambar kenangan bercuti yang tersimpan dalam gallery phone tiba² hilang sebab phone bermasalah atau memori kad rosak?



Lagi sedih bila tiada satu backup pun yang dibuat untuk gambar-gambar tu.

Habis hilang gambar-gambar bercuti, melancong, aktiviti masa cuti bersama keluarga, dan yang paling penting gambar -gambar kenangan manis bersama anak-anak dari mereka kecil sampailah di usia sekarang.

Menangis macam mana pun dah tak guna.

Lainlah kalau kita dah cuci siap-siap semua gambar dan simpan elok-elok dalam sticky album.

"Sediakan payung sebelum hujan."

Hilang soft copy pun kita masih mampu senyum sebab segala kenangan bersama keluarga selamat terpelihara dalam album yang dicuci dalam saiz 2R.

Kenapa cuci gambar saiz 2R?

Sebab boleh print banyak gambar & harganya jauh lebih murah. Selain tu, saiz 2R ni sesuai sangat untuk disimpan dalam purse atau wallet.

Atau anda boleh jadi lebih kreatif dan hiaskannya pada mana-mana tempat yang sesuai. Contoh macam yang dibuat oleh pelanggan Kedai Pok Nik ni.


Gambar 2R di salotep pada skrin komputer di pejabat.

Jom lihat apa kata pelanggan - pelanggan yang dah cuci gambar 2R di Kedai Pok Nik.


Dan ini pula perkongsian dari seorang pelanggan yang dah cetak hampir 300 keping gambar 2R di Kedai Pok Nik.


Dengan gambar saiz 2R, anda boleh cuci gambar dalam kuantiti yang banyak pada kos yang rendah, malah boleh hias dan simpan di mana-mana pun sebab saiznya kecil dan menarik.  Okay kan?

Minimum Cuci Gambar 2R


15 keping, itulah minimum tempahan cuci gambar 2R yang boleh dibuat di Kedai Pok Nik.

Cuci gambar saiz 2R hanyalah berharga RM4.90 bagi 15 keping gambar dari telefon. Jika ada banyak gambar, bolehlah dihantar kepada Kedai Pok Nik dalam gandaan 15.

Contohnya: 15>30>45>60 dan seterusnya.

Langkah untuk Cuci Gambar 2R


Gambar-gambar hanya perlu dihantar melalui whatsapp, kerana ianya lebih mudah untuk anda memilih & menghantar gambar.

Bila dah cukup 15 keping gambar atau mengikut jumlah yang anda inginkan, barulah Kedai Pok Nik akan mulakan cetakan gambar.

Tempoh siap bergantung pada kuantiti, dan kebiasaannya 150 keping ke atas akan ambil masa 1 hari bekerja atau lebih.

Anda akan dihubungi melalui whatsapp apabila Kedai Pok Nik dah siap cuci gambar-gambar anda, dan bolehlah di ambil di premis Kedai Pok Nik sekali dengan buat pembayaran untuk cuci gambar tersebut.

Whatsapp Gambar Pada Kedai Pok Nik


Dah sedia nak cuci gambar-gambar yang dah lama tersimpan dalam phone sebagai backup paling selamat?

Klik link butang berikut untuk wassap kedai pok nik:

Atau

PM Kedai Pok Nik di Fb:
Klik link https://m.me/kedaipoknik
 

#kedaipoknik
#cucigambar2R
#kotabharu

0 comments: