Impian Bisnes Sebenar Baru saat ini kedai pok nik menemui impian sebenar yang sepatutnya kedai pok nik kejar di Kg Tok Betek, Banggol ni. ...

Impian Bisnes

Impian Bisnes Sebenar

Baru saat ini kedai pok nik menemui impian sebenar yang sepatutnya kedai pok nik kejar di Kg Tok Betek, Banggol ni.

Abaikan dulu aspek peluang bila mula berniaga di kampung ni. Banyak dugaan dan cabarannya. Nanti pok nik cerita pada post berasingan.
(p/s: Like & Follow Kedai Pok Nik supaya tak terlepas update)


Bermula Dari Kecil

Sejak bermula pada tahun 2013, banyak yang telah kedai pok nik lalui. Dari sebuah kedai berdinding papan, sekarang alhamdulillah dah bertukar dinding simen.

Jika dulu MPKB pun tak pandang, sekarang kedai pok nik dah wajib bayar lesen kedai setiap tahun pada MPKB dengan nilaian RM3++ setiap tahun.

Bermula dengan servis fotostat hanya gunakan printer 3in1, kedai pok nik kemudian upgrade kepada mesin re-coned (kuat meragam a.k.a cepat rosak).

Dengan mesin re-coned, kedai pok nik mampu bertahan sehingga akhir tahun 2015, dan alhamdulillah, berjaya upgrade lagi mesin fotostat kepada mesin Konica Minolta BizHub yang baru dengan pelaburan berjumlah RM2*,***.00.

Maju Dengan Sabar

Selepas setahun upgrade mesin, pok nik perasan permintaan pada servis fotostat di kedai pok nik makin bagus. Mesin yang dapat beroperasi sepanjang masa betul-betul beri kelainan.

Pelanggan tak kecewa lagi dengan mesin yang sentiasa berfungsi dengan baik dan fotostat hitam putih-nya lagi terang dari yang asli!

Yang paling pok nik gembira bila ada cikgu yang datang nak siapkan fotostat nota untuk pelajar. 400 salinan muka surat boleh siap dalam 30 minit sahaja.

Baca juga "Visi Kedai Pok Nik"

Pemangkin Usaha Bisnes

Harapan pelanggan yang dapat dipenuhi tulah yang buat kedai pok nik terus bertahan & berusaha untuk terus berkembang.

Jadi mulai hari ni, kedai pok nik nak kejar impian baru; impian memenuhi harapan setiap orang mengikut kudrat & kemahiran yang pok nik ada.

Untuk orang kampung tok betek dan sekitarnya, bayar bill telefon, api, air, dan astro sudah boleh buat di kedai pok nik. Mudah & dekat.

Untuk masa akan datang, ada lagi beberapa servis lain yang kedai pok nik akan cuba sediakan.

Share pada rakan-rakan anda tentang kedai pok nik,
kerana share anda buatkan pok nik lebih semangat kejar impian baru.

#kedaipoknik
#kotabharu

Kedai Pok Nik, Kg Tok Betek, Jln PCB, Banggol

0 comments: