Visi 1 KM VISI kedai pok nik ialah untuk terajui Kg Tok Betek, Kg Telaga Gajah, Kg Kijang, Kg Banggol, Kg Tikat, Kg Tanjung Chat, Kg Per...

Visi Kedai Pok Nik

Visi 1 KM

VISI kedai pok nik ialah untuk terajui Kg Tok Betek, Kg Telaga Gajah, Kg Kijang, Kg Banggol, Kg Tikat, Kg Tanjung Chat, Kg Perupuk dan Kg Gayong dalam memberikan khidmat bayar bill & topup tanpa caj, serta fotostat terang & jelas.

Kawasan ini adalah di bawah lingkungan 1km dari kedai pok nik. Jarak yang sangat dekat dengan anda.

Ukuran Visi

Perbualan pelanggan satu hari tu buat pok nik sangat gembira kerana bunyinya seperti berikut:

"Mg tahu namo kedai ni gpo?" Tanya pelanggan A pada kawannya dengan bersungguh-sungguh.

Kawannya cuma geleng-geleng kepala saja.

Lalu si A menyambung, "kedai ni ore panggil Kedai Pok Nik kalu mg nak tahu".

Dari jauh pok nik tersenyum gembira sebab, walaupun kedai pok nik tidak dipasang signboard nama kedai, tapi orang tetap tahu nama kedai pok nik.

Alhamdullilah, ini satu tanda positif dari sokongan anda pada bisnes kedai pok nik.

Baca juga "Impian Bisnes"

Misi Mencapai Visi

Untuk berkembang & terajui kawasan, adalah penting bagi kedai pok nik untuk dikenali & menjadi buah mulut yang baik bagi setiap penduduk.

Pok nik harap anda dapat menyokong visi pok nik kerana untuk jadi peneraju khidmat bayar bill & topup serta fotostat, ianya bermula dari sokongan & bantuan anda,
Like & Share Kedai Pok Nik pada semua kawasan.

Terima kasih buat semua yang menyokong kedai pok nik.

P/s: gambar adalah peta kawasan sekitar 1km dari kedai pok nik.


Peta 1 KM dari Kedai Pok Nik, Kg Tok Betek, Banggol, Kota Bharu

0 comments: