Strategi bisnes gaya orang tua kita. Mereka memfokuskan kepada bagaimana jualan boleh terhasil & membina hubungan baik dengan pelangga...

Nota Bisnes - Strategi Orang Tua Kita

Strategi bisnes gaya orang tua kita.

Mereka memfokuskan kepada bagaimana jualan boleh terhasil & membina hubungan baik dengan pelanggan.

Angka jualan pada mereka bukanlah segala-galanya, malah itu dianggap bonus hasil dari penat lelah & usaha keras.

"Kalau dapat banyak itu rezeki dan nikmat besar Allah nak bagi dekat kita. Kalau rugi maksudnya usaha kita tak cukup, cara kita tak betul. Kena sabar dan terus usaha."

Itulah pegangan bisnes orang tua kita dulu. Pok Nik sangat kagum dengan cara bisnes mereka. Penuh kebaikan dan nilai kasih sayang.

Bermula dari Lokasi

Masa mula-mula nak buka bisnes, mereka akan cari dulu tempat yang sesuai. Ada ramai orang, tempat yang 'hidup' dan tak sunyi.

Tujuannya supaya bila mereka mula berniaga, orang mudah nampak kedai dan barang jualan mereka.

Kaedah marketingnya pula cukup luar biasa. 3 bulan sebelum bermula, kerja-kerja bina bangsal niaga dibuat. Masa ni marketingnya dah berjalan.

Bila orang kampung lalu mereke akan tegur,
"Buat bangsal apa tu bang?"

lalu orang tua kita jawab dengan gembira,

"Nak meniaga nasi berlauk Mail, kuih muih pun ada nanti. Kak Senah kamu yang masak. Abang tolong mana yang patut je."

"Dah siap bangsal ni nanti jemput lah datang rasa nasi berlauk kak Senah ni. Mesti sedap, kamu pun pernah rasa air tangan Kak Senah kan?"

"Elok sangat tu bang. Dekatlah sikit nanti nak beli nasi pagi." jawab Mail, ringkas.

Marketing dari Hati

Marketing gaya orang tua kita dilakukan dari hati ke hati. Melalui 'connection' atau hubungan baik yang telah terbina sebelumnya.

Inilah marketing paling berkuasa. Ia akan jadi buah mulut berterusan sehinggalah bangsal itu siap & bisnes telah bermula.

Tempoh 3 bulan membina bangsal adalah tempoh penting untuk mengistiharkan kewujudan bisnes; langkah pertama membina jualan.

Tempoh ini tiada jualan berlaku, hanya fokus betul-betul kepada membina nama & memberitahu kewujudan bisnes.

Membina Kredibiliti

Manakala bila bisnes bermula, orang tua kita selalu tekankan pada kualiti produk & servis yang ditawarkan.
"Mula-mula berniaga kena jaga betul-betul kualitinya. Biar mereka puas hati dengan rasanya sampai teringat-ingat dalam tidur."

"Hubungan dengan pelanggan kena jaga. Selalu bercakap dengan mereka, tanya khabar ke, kongsi berita ke, semasa sambil-sambil siapkan pesanan mereka.

Kenali pelanggan kita, baru mereka pun suka dan seronok nak datang bangsal kita."

Budaya Sebagai Jambatan

Inilah bentuk budaya yang orang tua kita amalkan dalam bisnes. Hubungan silaturrahim dengan pelanggan adalah kunci kepada bisnes untuk terus berjalan dan berkembang.

Baca juga: Nota Bisnes - Tarik Traffic

Bagaimana pula dengan budaya bisnes kita sekarang?

Semoga anda semua dapat manfaat & faham teknik bisnes orang tua kita yang pok nik kongsikan. Share pada kawan-kawan yea.

#notabisnes
#kedaipoknik
#kotabharu

Nota Bisnes Kedai Pok Nik, Kg Tok Betek, Banggol, Jln PCB, Kota Bharu.

0 comments: