Seni Berniaga Dulu, pok nik pun kurang faham bila orang cakap berniaga ni ada seninya, ada tekniknya. Bukan main redah atau buat membuta...

Nota Bisnes - Tarik Traffic

Seni Berniaga

Dulu, pok nik pun kurang faham bila orang cakap berniaga ni ada seninya, ada tekniknya.

Bukan main redah atau buat membuta tuli sahaja.
Walaupun kita ada produk & service terbaik di dunia sekalipun, jika tak kena caranya kelautlah semua tu.

Keutamaan Dalam Bisnes

Perkara utama kena faham bila buat bisnes ialah usahakan tarik trafik dahulu.

Lagi tinggi trafik, lagi cerah peluang untuk kita tawarkan produk & service terbaik di dunia yang kita ada.

Nak tarik trafik tak semestinya kena buat promosi sampai terpaksa buang harga, cukuplah dengan ikhtiarkan supaya orang tahu kita wujud dahulu.

Lagi ramai tahu bisnes kita wujud, lagi bagus.

Buat Sampai Kita Wujud!

Jadi, nasihat pok nik untuk anda yang berniaga, tarik trafik dahulu, biar ramai yang tahu produk kita wujud; service kita wujud.

Pengalaman buat promosi untuk kedai pok nik dengan menggantung 30 keping bunting sekitar kedai, alhamdulillah telah meningkatkan 300% hasil jualan kedai pok nik dalam bulan tersebut.
(Terima kasih yang menyokong kedai pok nik!)

Jangan takut untuk melabur buat marketing. Tapi takutlah bila bisnes kita orang tak tahu kewujudannya.

Luaskan Pengaruh

InsyaaAllah, target pok nik seterusnya ialah 30 keping bunting lagi untuk luaskan kawasan capaian kedai pok nik.

Anda nak tanya tentang bunting untuk marketing atau nak buat tempahan, boleh Hubungi kedai pok nik.

InshaaAllah pok nik akan bantu sehabis baik.

Baca juga, "Nota Bisnes - Maksud Tarik Trafik"

Gambar berikut di ambil waktu kerja menggantung bunting kedai pok nik yang disempurnakan oleh Team Edar Flyer
#kedaipoknik

Tempahan Bunting Kedai Pok Nik

0 comments: