Asas Mula Bisnes Mudahnya Berniaga, jika dimulakan dengan betul. Beriklan di sana sini, menjaja kehebatan produk & menjaga hubungan...

Nota Bisnes - Mula Dengan Betul

Asas Mula Bisnes

Mudahnya Berniaga, jika dimulakan dengan betul.

Beriklan di sana sini, menjaja kehebatan produk & menjaga hubungan baik dengan pelanggan hanyalah perkara kecil dalam bisnes.

Ada satu asas yang lebih utama perlu di titik beratkan.

Anda nak tahu apakah perkara tersebut? Ilmu ini pok nik belajar dalam seminar urus bisnes gaya koperat.

Mahal harga ilmu ni. Jika anda betul-betul faham, inshaaAllah lebih mudah untuk kembangkan bisnes ke tahap yang lebih jauh.

Jadi, apakah asas utama untuk membolehkan bisnes maju?


Visi Penentu Bisnes

Asas utama yang perlu di titik beratkan ialah VISI bisnes anda. Apakah maksud visi ini? Ianya adalah BIG WHY anda.

Kenapa anda berbisnes?
Kemana arah anda nak bawa bisnes anda?
Apakah asbab utama anda buat bisnes?

Ini cerita seorang usahawan cermin mata yang buntu macam mana nak kembangkan bisnesnya. Beliau bertanya pada tuan penceramah yang juga bekas CEO anak syarikat Johor Corp.

Bila ditanya apakah VISI-nya, beliau buntu. Lalu tuan penceramah ajukan lagi beberapa soalan sehingga terungkailah visi asal beliau berbisnes iaitu:

"Saya berbisnes sebab saya tak mahu makan gaji & saya mahu ada kebebasan pada pengurusan masa saya."

Jadi, selepas mendengar jawapan tersebut, beliau sendiri terkejut! Nak tahu kenapa?

Kesan Visi Pada Bisnes

Sebab visinya telah pun tercapai! Beliau sudah pun mencapai visi tersebut tanpa beliau sedari & itu jugalah sebab utama kenapa bisnes beliau tak dapat berkembang lebih jauh.

Kerana visinya telah tercapai. Beliau perlu tetapkan visi baru, visi yang lebih jauh terkehadapan barulah bisnesnya dapat digerakkan lebih jauh!

Adakah anda faham maksud dari cerita ini?

Ringkasnya begini, urus bisnes gaya koperat adalah berteraskan pada visi yang jelas. Apa yang anda nak capai? Apa yang anda mahu?

Lebih besar visi yang anda tetapkan, lebih jauh bisnes anda dapat dipacu.

Baca juga "Nota Bisnes - Strategi Orang Tua Kita"

Kekuatan Visi Bisnes

Visi ibarat doa. Perlu ada keyakinan, perlu ada kesungguhan, perlu ada kesedaran tentang apa yang perlu dilakukan untuk capai visi tersebut.

Untuk kedai pok nik, visi jangka pendek kami ialah:

"Menjadi pilihan utama penduduk sekitar 4km dari kedai pok nik untuk dapatkan servis fotostat terang & jelas, pembayaran bill & topup tanpa caj yang dipercayai & mesra pelanggan."

Justeru, dalam usaha mencapai visi ni, banyak misi-misi yang perlu pok nik jayakan terlebih dahulu.

Apa yang pok nik harapakan hanyalah sokongan anda untuk Like & Share page serta post kedai pok nik kerana dengan sokongan andalah visi ini dapat dicapai.

#kedaipoknik
#FotostatPrint
#KotaBharu

p/s: Untuk tempahan banner & bunting, boleh hubungi kedai pok nik untuk pok nik bantu rancang design yang bagus & betul dalam tatacara marketing.
Contoh Banner yang di tempah di Kedai Pok Nik, Kg Tok Betek, Banggol, Kota Bharu.

0 comments: